Cinta tak semestinya bersama.Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta.Bersederhanalah dalam menyayangi, mengasihi dan mencintai seseorang.Bimbang jika satu hari nanti tiba-tiba dia pergi jauh dari kita ? Boleh atau tak kita menerima hakikat tu ?
Jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Jangan sekali-kali melawan  takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat.  Jangan menyalahkan orang tu atau orang lain.Kalau kita salahkan orang lain, means that kita pun menyalahkan takdir Allah.Sedangkan Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita.
Jangan paksa orang untuk sayang kita, untuk cintakan kita, untuk bersama kita.Biarlah  dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. Biarlah dia  sendiri yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, kalau kita paksa orang  lain untuk menyayangi kita, hakikatnya ianya tak ikhlas. Kita nak ke  orang sayang kita, cintakan kita dengan pura-pura ? Jika kita terpaksa  untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela hati. Maybe tu yang  terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. Kalau kita sayang orang tu,  mesti kita nak tengok dia bahagia kan..
Tapi jika dia  kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh menerimanya  kembali atau tak. Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita,  mungkin dia benar untuk kita..
Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita.Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain.Sebab,  belum tentu orang lain tu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang  lain tu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan  kita.
Kalau saya sayang, kasih dan cinta pada seseorang  tu, bererti saya menerima dia seadanya selagi dia tak mengkasari saya,  menyakiti saya dan menjaga segala percakapan dengan saya.Paling tak suka dengan lelaki yang kasar-kasar.Suka yang jenis gentleman, cool, relax je.Kalau kita sayangkan seseorang tu dengan ikhlas,kita tetap sabar dengan dia,kita  sanggup berubah untuk dia, terima baik buruk dia, yang mana tak elok  kita perbetulkan. Macam saya, kalau saya sayang & cintakan orang tu,  saya biarkan je dulu dia nak buat apa, nak pergi mana, dengan siapa.  Saya sabar, simpan dulu. Sebab one day dia akan jadi milik kita juga.Yang penting kita adalah yang terakhir untuk dia.Begitulah. Once dah macam tu, and memanglah kita akan setia & jujur dengan dia.
Cinta tu ada jarak masa ke ?Baru  kenal ke, dah lama kenal ke, tu ukuran pada cinta ke ? Bagi saya, bila  perasaan tu nak hadir, hadirlah. Macam saya pernah cakap dalam entry  sebelum ni. Kalau bercinta bertahun-tahun, kalau bukan jodoh, tak  bersama juga. Kalau kenal sehari dua je pun, kalau dah memang jodoh,  bersama juga, bahagia juga. Kan ? Jadi takde jarak pengukur. Tapi lagi  bagus jika kenal-kenal, memahami antara satu sama lain sebelum mencintai  sepenuhnya.
Bercinta lepas kawen. Ermmm sweet kan.Kalau  dulu-dulu masa zaman kat matrik, selalu di beri pendedahan pasal cinta  selepas kawen. Dengan saya sendiri nak macam tu juga. Kalau boleh tak  nak cinta sebelum kawen. Sebab cinta sebelum kawen ni macam pura-pura.Cinta ialah menyalurkan perasaan itu dengan cara yang halal.Indah kan..
Kalau nak hurai pasal cinta ni, takkan habis. Terlalu banyak.Apa yang saya katakan dalam entry ni, sekarang ni, itu yang saya rasa, yang saya nak sampaikan, yang saya nak share. Current feelings kot. hehe. Kalau faham, fahamlah. Kalau ada yang memahami, memahamilah..
 ✿~ Kita sedang membuka KEAIBAN sahabat kita, bagi kita tidak mengapa..sedangkan itu AMARAN ALLAH..
✿~ Kita sedang MEMFITNAH seorang hamba Allah, bagi kita tiada siapa yang mengetahui kebenarannya..sedangkan kita tidak peka bahawa kita dalam PEMERHATIAN ALLAH..
✿~ Kita sedang melepaskan TANGGUNGJAWAB kita terhadap orang lain, bagi kita tidak kisah, kita ada kuasa..tapi kita tidak sedar, jalan yang sedang kita tuju adalah jalan menuju AZAB ALLAH..
p/s : Pergunakanlah LISAN dengan sebaik-baiknya..jangan sampai ada HATI-HATI INSAN yang terluka oleh UCAPAN kita, jangan sampai ada hati yang menderita akibat PERKATAAN kita..
✿~ Kita sedang MEMFITNAH seorang hamba Allah, bagi kita tiada siapa yang mengetahui kebenarannya..sedangkan kita tidak peka bahawa kita dalam PEMERHATIAN ALLAH..
✿~ Kita sedang melepaskan TANGGUNGJAWAB kita terhadap orang lain, bagi kita tidak kisah, kita ada kuasa..tapi kita tidak sedar, jalan yang sedang kita tuju adalah jalan menuju AZAB ALLAH..
p/s : Pergunakanlah LISAN dengan sebaik-baiknya..jangan sampai ada HATI-HATI INSAN yang terluka oleh UCAPAN kita, jangan sampai ada hati yang menderita akibat PERKATAAN kita..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment