Pages

✿~ Kita sedang membuka KEAIBAN sahabat kita, bagi kita tidak mengapa..sedangkan itu AMARAN ALLAH..
✿~ Kita sedang MEMFITNAH seorang hamba Allah, bagi kita tiada siapa yang mengetahui kebenarannya..sedangkan kita tidak peka bahawa kita dalam PEMERHATIAN ALLAH..
✿~ Kita sedang melepaskan TANGGUNGJAWAB kita terhadap orang lain, bagi kita tidak kisah, kita ada kuasa..tapi kita tidak sedar, jalan yang sedang kita tuju adalah jalan menuju AZAB ALLAH..

p/s : Pergunakanlah LISAN dengan sebaik-baiknya..jangan sampai ada HATI-HATI INSAN yang terluka oleh UCAPAN kita, jangan sampai ada hati yang menderita akibat PERKATAAN kita..

Sunday, April 8, 2012

Hari Hari Yang Hilang

Ke mana aku?
Di mana aku?
Tenggelam dan larut dalam lautan asyik
Bermain sandirawa di langit yang ke tujuh
Bersama dewa dan dewi kayangan yang tidak pernah wujud
Kecuali dalam khayal dan anganku semata

Aku memanggil diri untuk sedar, dan berpijak di bumi yang nyata
Wahai, banyaknya perkara yang tergendala
Tidak terjentik pun sesal di hati
Kerana kesempitan ini sudah menjadi sebahagian dari kebiasaan harian
Maka tidak mengapalah kalau aku hilang sejenak demi keenakan sementara
Wahai, mudahnya aku beralas hanya untuk menghitung sebuah kegagalan lagi

Apa perlunya untuk memanggil kembali yang sudah hilang itu
Hari yang pergi tidak mungkin mengundur lagi
Maka itulah hakikatnya bila leka dan tidak berawas
Tidak pernah mahu mendasarkan hati kepada yang hakiki
Degilkah aku? Angkuhkah aku? Bila enggan dan menafikan
Akan kekalahan dan ketewasan ini

Sungguh, aku tidak merasakan apa-apa
Bila hari pun pergi begitu sahaja
Meratah usia remajaku berinsut ke senja berkedut
Tanpa apa sejarah yang tercatat yang boleh dibanggakan
Ah, keras sungguh hati ini tidak merasa apa yang patut
Paling pasti, kegelisahan itu tetap ada walaupun tidak ketara
Mungkin kerana masih ada sedikit kewarasan di dasar yang paling dalam

Ralat dan ralit menggalas segala kegagalan
Di atas belakang yang semakin membongkok
Tidak, tidak pernah aku mencermin wajah
Demi hari yang berlalu pergi seperti buih seperti asap

Perlukah direnung apa yang sudah dilepaskan pergi
Membilang detik-detik yang memakan usia dan zaman
Demi sebuah kejujuran yang amat menyakitkan
Atau sengaja melarikan diri dari hakikat yang sebenar
Semakin hari semakin terkambus segala cita dan harapan
Semakin lama semakin mereput azam yang dipacak
Tidak tinggalkan apa-apa lagi selain tulang dan kulit yang sudah mengecut
Tidak ada gahnya, tidak ada yang dapat dinilai waima impian yang seolah asap
Dan, sampai bila pula aku hanya akan merungut dan bersungut sahaja?
Tidak jemukah? Tidak bosankah?
Bila menuturkan dialog yang sama dan serupa
Dek akal yang terjepit dan kelam
Mata memandang tidak jatuh ke hati
Telinga yang mendengar pun tidak terasa di hati
Tangan yang menggenggam pun tidak rasa eratnya

Hanyut, hanyut dibawa arus waktu
Tengelam tidak, timbul pun tidak
Mungkinkah akan tersangkut dek akar di tebing
Adakah ada daya untuk menongkah arus itu

Reput, mereput di mamah masa
Seolah sebatang tunggul di tepinya jalan
Hanya memandang hilir dan mudik yang lalu lalang
Adakah akan terus menjadi pemerhati sahaja

No comments:

Post a Comment