Pages

✿~ Kita sedang membuka KEAIBAN sahabat kita, bagi kita tidak mengapa..sedangkan itu AMARAN ALLAH..
✿~ Kita sedang MEMFITNAH seorang hamba Allah, bagi kita tiada siapa yang mengetahui kebenarannya..sedangkan kita tidak peka bahawa kita dalam PEMERHATIAN ALLAH..
✿~ Kita sedang melepaskan TANGGUNGJAWAB kita terhadap orang lain, bagi kita tidak kisah, kita ada kuasa..tapi kita tidak sedar, jalan yang sedang kita tuju adalah jalan menuju AZAB ALLAH..

p/s : Pergunakanlah LISAN dengan sebaik-baiknya..jangan sampai ada HATI-HATI INSAN yang terluka oleh UCAPAN kita, jangan sampai ada hati yang menderita akibat PERKATAAN kita..

Sunday, April 8, 2012

Bila Kita Sayang Org Tu...

Bila kita sayang org tu..
Kita terima je apa org tu kata
Tapi bila dia kata kita? Emm..
Hati kata xpe.. manusia x sempurna kn..

Bila kita sayang org tu..
Kita tgu dia lama pon xpe..
Tapi bila dia tgu kita lama
Emm.. dia marah2..
Hati kita kata.. ala, adat la yg ditgu dan menunggukn..

Bila kita sayang org tu..
Kita xtdo pon xpe asal dpt layan dia yg tgh bosan tu..
Tapi bila kita lak rasa bosan..
Ada x dia nk layan kita cm kita layan dia??
Hati kita kata lg.. xpe, mb dia bz la tu kot!

Kita gadoh je ngn dia mst kita diam..
Kita cuma xnk dia ckp kita nih degil..
Tapi dia.. bleh plak heboh satu dunia.. emm
Dalam ati kita kata.. xpe, mb dia tension sgt kot tu..

Mcm2 kita nk cite kt dia..
tp kita rasa cm lg baik kita citer kt tunggul kot!
Tapi bila dia cite dgn kita plak..
Kita bleh je dengar.. dan kita igt semuanya
Emm… ati kita still kata xpe la, ati dh sayang kn..

Bila kita sayang org tu..
Kita ngan dia sama2 lapar..
Tapi kita bleh plak bagi semua makanan kita dkt dia..
Emm, sian kn.. mst dia lapar tu..
Hati kata, ala.. ati dia mst kita kena jaga baik2.. sayang dier x..

Bila kita sayang org tu lg..
Kita sggup bg dia rehat bila dia letih..
Kita fhm klu dia penat.. kita janji x kaco time dia tgh rest..
Tapi bila kita letih.. dia nk gak suh kita layan dia..
Teman dia chat.. emm.. mst dia boring kn?
Hati kita kata ala.. bukan selalu pun..
Sbb sayang kita kt dia.. kita turutkan..
Kita xnk dia rasa yg kita nih x peduli kt dia..
Biar dia rasa bahagia adanya kita dlm idp dia.. emm

Hari Hari Yang Hilang

Ke mana aku?
Di mana aku?
Tenggelam dan larut dalam lautan asyik
Bermain sandirawa di langit yang ke tujuh
Bersama dewa dan dewi kayangan yang tidak pernah wujud
Kecuali dalam khayal dan anganku semata

Aku memanggil diri untuk sedar, dan berpijak di bumi yang nyata
Wahai, banyaknya perkara yang tergendala
Tidak terjentik pun sesal di hati
Kerana kesempitan ini sudah menjadi sebahagian dari kebiasaan harian
Maka tidak mengapalah kalau aku hilang sejenak demi keenakan sementara
Wahai, mudahnya aku beralas hanya untuk menghitung sebuah kegagalan lagi

Apa perlunya untuk memanggil kembali yang sudah hilang itu
Hari yang pergi tidak mungkin mengundur lagi
Maka itulah hakikatnya bila leka dan tidak berawas
Tidak pernah mahu mendasarkan hati kepada yang hakiki
Degilkah aku? Angkuhkah aku? Bila enggan dan menafikan
Akan kekalahan dan ketewasan ini

Sungguh, aku tidak merasakan apa-apa
Bila hari pun pergi begitu sahaja
Meratah usia remajaku berinsut ke senja berkedut
Tanpa apa sejarah yang tercatat yang boleh dibanggakan
Ah, keras sungguh hati ini tidak merasa apa yang patut
Paling pasti, kegelisahan itu tetap ada walaupun tidak ketara
Mungkin kerana masih ada sedikit kewarasan di dasar yang paling dalam

Ralat dan ralit menggalas segala kegagalan
Di atas belakang yang semakin membongkok
Tidak, tidak pernah aku mencermin wajah
Demi hari yang berlalu pergi seperti buih seperti asap

Perlukah direnung apa yang sudah dilepaskan pergi
Membilang detik-detik yang memakan usia dan zaman
Demi sebuah kejujuran yang amat menyakitkan
Atau sengaja melarikan diri dari hakikat yang sebenar
Semakin hari semakin terkambus segala cita dan harapan
Semakin lama semakin mereput azam yang dipacak
Tidak tinggalkan apa-apa lagi selain tulang dan kulit yang sudah mengecut
Tidak ada gahnya, tidak ada yang dapat dinilai waima impian yang seolah asap
Dan, sampai bila pula aku hanya akan merungut dan bersungut sahaja?
Tidak jemukah? Tidak bosankah?
Bila menuturkan dialog yang sama dan serupa
Dek akal yang terjepit dan kelam
Mata memandang tidak jatuh ke hati
Telinga yang mendengar pun tidak terasa di hati
Tangan yang menggenggam pun tidak rasa eratnya

Hanyut, hanyut dibawa arus waktu
Tengelam tidak, timbul pun tidak
Mungkinkah akan tersangkut dek akar di tebing
Adakah ada daya untuk menongkah arus itu

Reput, mereput di mamah masa
Seolah sebatang tunggul di tepinya jalan
Hanya memandang hilir dan mudik yang lalu lalang
Adakah akan terus menjadi pemerhati sahaja

Kebetulan Ini Amat Menguji Diri


Sepertinya ada sesuatu tetapi aku sendiri tidak pasti

Sepertinya ada satu harapan tetapi terasa kekaburannya
Kebetulan apakah ini?ia datang sangat dekat pada aku
Sesuatu yang pernah aku dambakan sebelum ini
Kini mejelma diluar jangkaan aku..buatkan aku keliru sekali..

Kebetulan ini bagaikan rahmat setitis salju menitis di hati
Tatkala ia mencair ia membasahi rimba hati yang k0ntang
Mengairi kembali k0lam hati yang kering dan ladang rasa ini kembali ranum..

Maha Suci Mu Ya Tuhanku mengurniakan perasaan pada insan kerdil ini
Terbitnya berbagai rasa dijiwa ini buat hati bagaikan dipalu k0mpangnya
Rentaknya buat hati terasa amat berdebar menantikan kebetulan yang seterusnya..

Betapa hatiku teringin merungkainya jawapan di setiap sebalik kebetulan ini
Namun tidak mahu aku meneka bimbang nanti tersalah tafsiran
Biarlah masa menentukan segalanya..

Ya Tuhan..ingin rasanya aku menaruh harapan pada kali ini
Tetapi aku masih tak punya keyakinan pada kebetulan yang amat meguji ini
Izinkah aku untuk bersandar pada Mu Ya Tuhanku
Untuk aku meraih petunjuk suci Mu Ya Tuhanku... 

-Aku didikasikan juga buat si kam00  m0ga kam00 memahami kehendak hati ini  -
(sejak bila aku menjiwang sangat laks nie..terasa mcm nak sagat muka sendiri jer da kat tar  )

-Nukilan Rasa Saat Diri Tersentuh  -

Jika Sukakan Seseorang

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

(must read dan renung2kanlah)


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Friday, April 6, 2012

Cinta Dan Tawakkal

Hidup ini jika Allah bantu keajaiban akan berlaku. Percayalah kepada doa dan tawakal, di samping berusaha menurut prinsip-prinsip agama. Apabila Allah menolong kita tiada siapa lagi yang dapat melakukan apapun. Pertolongan dan kurnia Allah itu boleh menjelma dalam berbagai rupa dan bentuk, cuma kita yang selalu jahil untuk memahami kemakbulan doa yang pernah diminta.
Banyak ungkapan doa yang mengandungi erti yang hebat yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Tidak perlu ajaran tarekat yang sebahagiannya mencipta wirid dan zikir rekaan, sehingga melupai keindahan wirid dan doa yang sahih yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Antara ungkapan doa yang amat menarik jiwa saya ialah doa yang baginda s.a.w ajar:

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Waktu-Waktu Doa Mustajab

Assalamualaikum, berikut adalah waktu-waktu doa mustajab:

Tengah malam atau sepertiga malam yang akhir, setiap lepas solat fardhu, berdoa di tempat yang sunyi, ketika dalam peperangan atau darurat, ketika dalam sujud, ketika dizalimi orang, semasa dalam perjalanan(musafir), mendoakan kebaikan anak dari seorang bapa, ketika wukuf di padang arafah, selepas solat subuh sebelum terbit matahari, selepas solat asar, ketika hendak berbuka puasa, doa seorang yang sakit, doa pada malam Lailatul Qadr, malam Jumaat, di dalam Masjid Al-Haram Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, apabila khatam membaca Al-Quran 30 juz, doa raja yang adil, doa anak yang taat kepada bapanya, ketika tawaf mengelilingi Kaabah, di belakang makam Ibrahim di dalam Masjid Al-Haram dan Masjid-Masjid di mana jua.

Wassalam.

Mengapa Perlu Berdoa?

Mengapa kita perlu berdoa? Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita?

Suatu ketika dahulu saya sering putus asa di dalam berdoa. Kekadang terasa sangat penat dan bosan berdoa kerana sangat penat menunggu apa yang diinginkan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sejak mengenal Allah SWT sehinggalah beberapa tahun yang lepas, saya sering memikirkan mengapa perlunya saya berdoa sedangkan Allah SWT mengetahui segala apa yang saya inginkan.

Mengapa Perlu Berdoa?
Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT.

Berdoa itu merendahkan darjat kita sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung. Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar.

Namun persoalan besar di sini adalah adakah kita benar-benar SEDAR dan merasakan sebenarnya kita ini hamba yang lemah? atau sekadar tahu?

Doa memerlukan KESEDARAN.
Apabila kita berdoa tanpa memiliki KESEDARAN yang kita ini lemah di sisi Allah SWT, kita tetap ego dan berasa hebat di sisi Allah SWT. Kita memohon tetapi permohonan kita tidak diserahkan kepada Allah SWT. Segala keinginan yang kita inginkan adalah sepenuhnya mengikut kehendak kita seluruhnya dan kita tidak dapat menerima kehendak Allah SWT. Lalu di dalam tidak sedar kita menganggap Allah SWT hanyalah sebagai Tuhan melakukan kerja untuk menunaikan segala kehendak kita.

Kalian semua,
Apabila kita berdoa, kita menyatakan keinginan kita kepada Allah SWT dengan penuh KESEDARAN yang kita ini lemah, bodoh, tidak berdaya dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama kita sedia menerima segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Kita juga akan terus mengikut segala ketetapan yang Allah SWT perintahkan kepada kita. Maka kita benar-benar akan berserah secara total kepada Allah SWT.

Orang yang beriman itu tidak pernah kecewa kerana sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan tidak pernah putus asa di dalam mengikut ketetapan yang Allah SWT tetapkan. Orang yang beriman sentiasa aktif. Melakukan segala kerja dan berusaha melakukannya sebaik mungkin di atas nama Allah SWT. Urusan rezeki dan segala penyelesaian hidup adalah hak Allah SWT yang kita tidak boleh pertikaikan kerana ia bukan hak kita.

Di dalam masa yang sama juga, kita yakin dan prasangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala permintaan kita. Kita sangat yakin dengan kehendak Allah SWT di mana kehendak Allah SWT merupakan ketentuan yang terbaik di sisiNya untuk diri kita.
Bagaimana untuk yakin? Kita perlu mencapai kesedaran. Apabila kita berada di dalam KESEDARAN, pasti kita sangat yakin,

Kalian yang dihormati,
Memiliki kesedaran ini perlu dilatih. Ia tidak mampu dimiliki secara terus tetapi mampu dimiliki seawal latihan. Ia akan terus meningkat tanpa henti dan penghujung. Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun.
Semoga kesedaran kita akan hal Allah SWT (sifat dan perbuatan Allah SWT) sentiasa meningkat dari masa ke semasa dan menjadikan kita benar-benar merasai kehidupan hidup berTuhan yang dikehendaki Allah SWT yang mana akan membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat seperti yang telah Allah SWT janjikan.