Pages

✿~ Kita sedang membuka KEAIBAN sahabat kita, bagi kita tidak mengapa..sedangkan itu AMARAN ALLAH..
✿~ Kita sedang MEMFITNAH seorang hamba Allah, bagi kita tiada siapa yang mengetahui kebenarannya..sedangkan kita tidak peka bahawa kita dalam PEMERHATIAN ALLAH..
✿~ Kita sedang melepaskan TANGGUNGJAWAB kita terhadap orang lain, bagi kita tidak kisah, kita ada kuasa..tapi kita tidak sedar, jalan yang sedang kita tuju adalah jalan menuju AZAB ALLAH..

p/s : Pergunakanlah LISAN dengan sebaik-baiknya..jangan sampai ada HATI-HATI INSAN yang terluka oleh UCAPAN kita, jangan sampai ada hati yang menderita akibat PERKATAAN kita..

Sunday, April 8, 2012

Bila Kita Sayang Org Tu...

Bila kita sayang org tu..
Kita terima je apa org tu kata
Tapi bila dia kata kita? Emm..
Hati kata xpe.. manusia x sempurna kn..

Bila kita sayang org tu..
Kita tgu dia lama pon xpe..
Tapi bila dia tgu kita lama
Emm.. dia marah2..
Hati kita kata.. ala, adat la yg ditgu dan menunggukn..

Bila kita sayang org tu..
Kita xtdo pon xpe asal dpt layan dia yg tgh bosan tu..
Tapi bila kita lak rasa bosan..
Ada x dia nk layan kita cm kita layan dia??
Hati kita kata lg.. xpe, mb dia bz la tu kot!

Kita gadoh je ngn dia mst kita diam..
Kita cuma xnk dia ckp kita nih degil..
Tapi dia.. bleh plak heboh satu dunia.. emm
Dalam ati kita kata.. xpe, mb dia tension sgt kot tu..

Mcm2 kita nk cite kt dia..
tp kita rasa cm lg baik kita citer kt tunggul kot!
Tapi bila dia cite dgn kita plak..
Kita bleh je dengar.. dan kita igt semuanya
Emm… ati kita still kata xpe la, ati dh sayang kn..

Bila kita sayang org tu..
Kita ngan dia sama2 lapar..
Tapi kita bleh plak bagi semua makanan kita dkt dia..
Emm, sian kn.. mst dia lapar tu..
Hati kata, ala.. ati dia mst kita kena jaga baik2.. sayang dier x..

Bila kita sayang org tu lg..
Kita sggup bg dia rehat bila dia letih..
Kita fhm klu dia penat.. kita janji x kaco time dia tgh rest..
Tapi bila kita letih.. dia nk gak suh kita layan dia..
Teman dia chat.. emm.. mst dia boring kn?
Hati kita kata ala.. bukan selalu pun..
Sbb sayang kita kt dia.. kita turutkan..
Kita xnk dia rasa yg kita nih x peduli kt dia..
Biar dia rasa bahagia adanya kita dlm idp dia.. emm

Hari Hari Yang Hilang

Ke mana aku?
Di mana aku?
Tenggelam dan larut dalam lautan asyik
Bermain sandirawa di langit yang ke tujuh
Bersama dewa dan dewi kayangan yang tidak pernah wujud
Kecuali dalam khayal dan anganku semata

Aku memanggil diri untuk sedar, dan berpijak di bumi yang nyata
Wahai, banyaknya perkara yang tergendala
Tidak terjentik pun sesal di hati
Kerana kesempitan ini sudah menjadi sebahagian dari kebiasaan harian
Maka tidak mengapalah kalau aku hilang sejenak demi keenakan sementara
Wahai, mudahnya aku beralas hanya untuk menghitung sebuah kegagalan lagi

Apa perlunya untuk memanggil kembali yang sudah hilang itu
Hari yang pergi tidak mungkin mengundur lagi
Maka itulah hakikatnya bila leka dan tidak berawas
Tidak pernah mahu mendasarkan hati kepada yang hakiki
Degilkah aku? Angkuhkah aku? Bila enggan dan menafikan
Akan kekalahan dan ketewasan ini

Sungguh, aku tidak merasakan apa-apa
Bila hari pun pergi begitu sahaja
Meratah usia remajaku berinsut ke senja berkedut
Tanpa apa sejarah yang tercatat yang boleh dibanggakan
Ah, keras sungguh hati ini tidak merasa apa yang patut
Paling pasti, kegelisahan itu tetap ada walaupun tidak ketara
Mungkin kerana masih ada sedikit kewarasan di dasar yang paling dalam

Ralat dan ralit menggalas segala kegagalan
Di atas belakang yang semakin membongkok
Tidak, tidak pernah aku mencermin wajah
Demi hari yang berlalu pergi seperti buih seperti asap

Perlukah direnung apa yang sudah dilepaskan pergi
Membilang detik-detik yang memakan usia dan zaman
Demi sebuah kejujuran yang amat menyakitkan
Atau sengaja melarikan diri dari hakikat yang sebenar
Semakin hari semakin terkambus segala cita dan harapan
Semakin lama semakin mereput azam yang dipacak
Tidak tinggalkan apa-apa lagi selain tulang dan kulit yang sudah mengecut
Tidak ada gahnya, tidak ada yang dapat dinilai waima impian yang seolah asap
Dan, sampai bila pula aku hanya akan merungut dan bersungut sahaja?
Tidak jemukah? Tidak bosankah?
Bila menuturkan dialog yang sama dan serupa
Dek akal yang terjepit dan kelam
Mata memandang tidak jatuh ke hati
Telinga yang mendengar pun tidak terasa di hati
Tangan yang menggenggam pun tidak rasa eratnya

Hanyut, hanyut dibawa arus waktu
Tengelam tidak, timbul pun tidak
Mungkinkah akan tersangkut dek akar di tebing
Adakah ada daya untuk menongkah arus itu

Reput, mereput di mamah masa
Seolah sebatang tunggul di tepinya jalan
Hanya memandang hilir dan mudik yang lalu lalang
Adakah akan terus menjadi pemerhati sahaja

Kebetulan Ini Amat Menguji Diri


Sepertinya ada sesuatu tetapi aku sendiri tidak pasti

Sepertinya ada satu harapan tetapi terasa kekaburannya
Kebetulan apakah ini?ia datang sangat dekat pada aku
Sesuatu yang pernah aku dambakan sebelum ini
Kini mejelma diluar jangkaan aku..buatkan aku keliru sekali..

Kebetulan ini bagaikan rahmat setitis salju menitis di hati
Tatkala ia mencair ia membasahi rimba hati yang k0ntang
Mengairi kembali k0lam hati yang kering dan ladang rasa ini kembali ranum..

Maha Suci Mu Ya Tuhanku mengurniakan perasaan pada insan kerdil ini
Terbitnya berbagai rasa dijiwa ini buat hati bagaikan dipalu k0mpangnya
Rentaknya buat hati terasa amat berdebar menantikan kebetulan yang seterusnya..

Betapa hatiku teringin merungkainya jawapan di setiap sebalik kebetulan ini
Namun tidak mahu aku meneka bimbang nanti tersalah tafsiran
Biarlah masa menentukan segalanya..

Ya Tuhan..ingin rasanya aku menaruh harapan pada kali ini
Tetapi aku masih tak punya keyakinan pada kebetulan yang amat meguji ini
Izinkah aku untuk bersandar pada Mu Ya Tuhanku
Untuk aku meraih petunjuk suci Mu Ya Tuhanku... 

-Aku didikasikan juga buat si kam00  m0ga kam00 memahami kehendak hati ini  -
(sejak bila aku menjiwang sangat laks nie..terasa mcm nak sagat muka sendiri jer da kat tar  )

-Nukilan Rasa Saat Diri Tersentuh  -

Jika Sukakan Seseorang

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥

(must read dan renung2kanlah)


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Friday, April 6, 2012

Cinta Dan Tawakkal

Hidup ini jika Allah bantu keajaiban akan berlaku. Percayalah kepada doa dan tawakal, di samping berusaha menurut prinsip-prinsip agama. Apabila Allah menolong kita tiada siapa lagi yang dapat melakukan apapun. Pertolongan dan kurnia Allah itu boleh menjelma dalam berbagai rupa dan bentuk, cuma kita yang selalu jahil untuk memahami kemakbulan doa yang pernah diminta.
Banyak ungkapan doa yang mengandungi erti yang hebat yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Tidak perlu ajaran tarekat yang sebahagiannya mencipta wirid dan zikir rekaan, sehingga melupai keindahan wirid dan doa yang sahih yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Antara ungkapan doa yang amat menarik jiwa saya ialah doa yang baginda s.a.w ajar:

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Waktu-Waktu Doa Mustajab

Assalamualaikum, berikut adalah waktu-waktu doa mustajab:

Tengah malam atau sepertiga malam yang akhir, setiap lepas solat fardhu, berdoa di tempat yang sunyi, ketika dalam peperangan atau darurat, ketika dalam sujud, ketika dizalimi orang, semasa dalam perjalanan(musafir), mendoakan kebaikan anak dari seorang bapa, ketika wukuf di padang arafah, selepas solat subuh sebelum terbit matahari, selepas solat asar, ketika hendak berbuka puasa, doa seorang yang sakit, doa pada malam Lailatul Qadr, malam Jumaat, di dalam Masjid Al-Haram Makkah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, apabila khatam membaca Al-Quran 30 juz, doa raja yang adil, doa anak yang taat kepada bapanya, ketika tawaf mengelilingi Kaabah, di belakang makam Ibrahim di dalam Masjid Al-Haram dan Masjid-Masjid di mana jua.

Wassalam.

Mengapa Perlu Berdoa?

Mengapa kita perlu berdoa? Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita?

Suatu ketika dahulu saya sering putus asa di dalam berdoa. Kekadang terasa sangat penat dan bosan berdoa kerana sangat penat menunggu apa yang diinginkan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sejak mengenal Allah SWT sehinggalah beberapa tahun yang lepas, saya sering memikirkan mengapa perlunya saya berdoa sedangkan Allah SWT mengetahui segala apa yang saya inginkan.

Mengapa Perlu Berdoa?
Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT.

Berdoa itu merendahkan darjat kita sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung. Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar.

Namun persoalan besar di sini adalah adakah kita benar-benar SEDAR dan merasakan sebenarnya kita ini hamba yang lemah? atau sekadar tahu?

Doa memerlukan KESEDARAN.
Apabila kita berdoa tanpa memiliki KESEDARAN yang kita ini lemah di sisi Allah SWT, kita tetap ego dan berasa hebat di sisi Allah SWT. Kita memohon tetapi permohonan kita tidak diserahkan kepada Allah SWT. Segala keinginan yang kita inginkan adalah sepenuhnya mengikut kehendak kita seluruhnya dan kita tidak dapat menerima kehendak Allah SWT. Lalu di dalam tidak sedar kita menganggap Allah SWT hanyalah sebagai Tuhan melakukan kerja untuk menunaikan segala kehendak kita.

Kalian semua,
Apabila kita berdoa, kita menyatakan keinginan kita kepada Allah SWT dengan penuh KESEDARAN yang kita ini lemah, bodoh, tidak berdaya dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama kita sedia menerima segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Kita juga akan terus mengikut segala ketetapan yang Allah SWT perintahkan kepada kita. Maka kita benar-benar akan berserah secara total kepada Allah SWT.

Orang yang beriman itu tidak pernah kecewa kerana sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan tidak pernah putus asa di dalam mengikut ketetapan yang Allah SWT tetapkan. Orang yang beriman sentiasa aktif. Melakukan segala kerja dan berusaha melakukannya sebaik mungkin di atas nama Allah SWT. Urusan rezeki dan segala penyelesaian hidup adalah hak Allah SWT yang kita tidak boleh pertikaikan kerana ia bukan hak kita.

Di dalam masa yang sama juga, kita yakin dan prasangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala permintaan kita. Kita sangat yakin dengan kehendak Allah SWT di mana kehendak Allah SWT merupakan ketentuan yang terbaik di sisiNya untuk diri kita.
Bagaimana untuk yakin? Kita perlu mencapai kesedaran. Apabila kita berada di dalam KESEDARAN, pasti kita sangat yakin,

Kalian yang dihormati,
Memiliki kesedaran ini perlu dilatih. Ia tidak mampu dimiliki secara terus tetapi mampu dimiliki seawal latihan. Ia akan terus meningkat tanpa henti dan penghujung. Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun.
Semoga kesedaran kita akan hal Allah SWT (sifat dan perbuatan Allah SWT) sentiasa meningkat dari masa ke semasa dan menjadikan kita benar-benar merasai kehidupan hidup berTuhan yang dikehendaki Allah SWT yang mana akan membawa kepada kejayaan dunia dan akhirat seperti yang telah Allah SWT janjikan.

Doa Untuk Kekasih Sejati

Ya Allah..
Yang membolak-balikkan hati kami..
Selama ini aku tidak pernah tahu bagaimana rasanya bercinta,
namun ku berharap, bila cinta hadir menyapaku,
aku tidak akan kehilangan-Mu..

Ya Allah..
Selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang
yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu..

Ya Allah..
Selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang
yang dapat mengarahkan ku menuju keredhaan-Mu..

Pintaku Ya Allah..
Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada
kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..

Makbulnya Doa Org Teraniaya!

Sungguh, doa orang teraniaya sangat mustajab, maka berhati-hatilah dalam bertindak. Wallahu 'alam bi shawab. AMIN..
Suatu pagi seorang laki-laki pergi hendak berburu mencari rezeki yang halal. Namun sampai hampir malam, ia belum mendapatkan satu pun binatang buruan. Ia lalu berdoa sepenuh hati "Ya Allah, anak-anakku menunggu kelaparan di rumah, berilah aku seekor binatang buruan". Tidak lama setelah doanya selesai ia panjatkan, Allah memberikannya rezeki, jala yang dibawa pemburu itu mengenai seekor ikan yang sangat besar. Ia pun bersyukur kepada Allah dan pulang ke rumah dengan penuh bahagia.

Di tengah perjalanan pulang, ia bertemu dengan kelompok raja yang hendak berburu juga. Raja heran dan takjub luar biasa begitu melihat ikan sebegitu besar yang dibawa pemburu itu. Lalu, ia menyuruh pengawal untuk mengambil ikan itu secara paksa dari tangan sang pemburu.

Dibawanya ikan itu pulang dengan bahagia. Ketika sampai di istana, ia keluarkan ikan itu dan bolak-balik sambil tertawa ria, tiba-tiba ikan itu mengigit jarinya dan mengakibatkan badannya jadi panas dingin sehingga malam itu raja tidak dapat tidur.

Dihadirkanlah seluruh dokter untuk mengobati sakitnya, semua dokter menyarankan agar jarinya itu dipotong untuk menghindari tersebarnya racun ke anggota badan lainnya. Raja pun menyetujui nasihat mereka. Namun setelah jarinya dipotong, ia tetap tidak dapat istirahat karena ternyata racun itu telah menyebar ke bagian tubuh lainnya,

Para dokter pun menyarankan agar pergelangan tangan raja dipotong dan raja pun menyetujuinya. Namun setelah pergelangan tangannya dipotong, tetap saja raja tidak dapat memejamkan matanya, bahkan rasa sakitnya makin bertambah; ia berteriak dan meringis dengan keras karena racun itu telah merasuk dan menyebar ke anggota tubuh lainnya.

Seluruh dokter akhirnya menyarankan agar tangan raja sampai siku dipotong, raja pun menyetujuinya. Setelah lengannya dipotong, sakit jasmaninya kini telah hilang, tetapi diri dan jiwanya tetap belum tenang. Semua dokter akhirnya menyarankan agar raja dibawa ke seorang dokter jiwa (ahli hikmah).

Dibawalah sang raja menemui seorang dokter jiwa dan diceritakan seluruh kejadian seputar ikan yang ia rebut dari pemburu itu. Mendengar itu, ahli hikmah berkata, "Jiwa Tuan tetap tidak akan tenang selamanya sampai pemburu itu memaafkan dosa dan kesalahan yang telah Tuan perbuat.

Dicarinya pemburu itu dan setelah didapatkan, raja menceritakan kejadian
yang dialaminya dan ia memohon agar si pemburu itu memaafkan semua kesalahannya. Si pemburu pun memaafkannya dan keduanya saling berjabat tangan.

Sang raja penasaran ingin mengetahui apa yang dikatakan si pemburu ketika raja mengambil paksa ikannya. Ia bertanya, "Wahai pemburu apa yang kau katakan ketika aku merampas ikanmu itu?".

Pemburu itu menjawab,"Tidak ada, kecuali aku hanya mengatakan DOA

'Ya Allah sesungguhnya dia telah menampakkan kekuatannya kepadaku, perlihatkanlah kekuatan-Mu kepadanya!"
Sungguh, doa orang teraniaya sangat mustajab, maka berhati-hatilah dalam bertindak.

Wallahu 'alam bi shawab.

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Tanda Cinta

Tanda cintakan ALLAH s.w.t. adalah cintakan Al-Quran.
Tanda cintakan Al-Quran adalah cintakan Nabi s.a.w.
Tanda cintakan Nabi s.a.w. adalah cintakan sunnah Baginda.
Tanda cintakan sunnah Baginda adalah cintakan akhirat.
Tanda cintakan akhirat adalah tidak mencintai diri sendiri.
Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia.
Dan tanda benci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hid

Kesetiaan Itu

Langkahku menjadi longlai
perkhabaran itu bagai dijangka
sekalipun aku tidak menerimanya
atas alasan cinta dan kasih sayang
namun kau kau tegas memutuskan.

Aku termanggu bagi hilang arah
air mata tidak mampu kutahan lagi
biarlah semahunya aku menangis
tanpa sedar mataku sembab
jawapanmu yang menyeksakan.

Bertahun mesra bersamaku
kupegang janji setia itu
tanpa ragu dan sangsi lagi
ikrarmu masih panas
dan kata-kata pujuk rayumu
masih kusimpan di hati
agar kebahagian yang kita impikan
satu hari menjadi kenyataan.

Hatiku lesu menang gundah
kasih setiaku kau lepaskan
aku pasrah dengan ketentuan
sekalipun luka yang tercalar
masih panas dan berbisa
kesetiaan itu tetapi kukenang.

Jangan Bunuh Kepercayaan Itu...

liuk lentuk tarian cinta kasih
bermelodikan belaian mesra manja...
membuat aku terpana seketika
meniti gelombang kasih yang penuh indah
janji yang kau berikan... ..
kepercayaan ku pertaruhkan...

detik demi detik tanah cinta kita semai..
mengukir indah setiap kenangan bersama di hujung denai...
aku leka dalam pelukkanmu..
aku tersenyum bila engkau melafazkan " aku cinta padamu"
dan kita mengungkapkan kata - kata janji setia...
untuk hidup bersama selamanya... .

musim berganti musim
denai ini menyaksikan jiwa yang lara... .
penantian demi penantian yang tiada penghujungnya...
namun aku masih setia..
menanti dirimu di setiap hujung senja...

namun kini,

penantian, kesetiaan dan kepercayaan itu punah
bila melihat engkau bersama yang lain...
engkau bunuh kepercayaanku padamu..
engkau bakar kesetiaanku... .
engkau robek hatiku...
engkau hancurkan jiwaku... .

apa lagi yang tinggal dalam diriku ?
bilamana engkau bunuh rasa cinta dan kepercayaan itu... .
untuk apa janji yang di metri
andai engkau jua yang tega memungkiri... .
untuk apa engkau meyakini aku untuk meletak kepercayaan itu
andainya engkau rapuh dalam tuntutan nafsu...

bagaimana aku harus berdiri kembali
sedangkan semuanya engkau telah bawa pergi... .

kini aku kembali ke denai ini..
berseorangan dan belajar bertatih kembali..
menyusuri setiap kenangan yang dilalui... .dan
aku kira engkau bahagia tika ini
dengan insan yang kau sanjungi... .
tapi ternyata salah dugaanku
bila dengar khabarmu yang pilu... .

kini melodi penyesalanmu ku dengari
dan kau cuba ubati lukamu sendiri
cinta dan pengorbananmu menjadi debu
di persenda kasihmu... .

Kuasa Allah mengatasi segalanya...
kini pasti kau sudah rasai
kepedihan hati yang selama ini kutanggungi
walaupun tidaksedikit pun aku meminta
kau di balas sebegitu rupa... .

denai ini bertukar warna ceria
dari bertatih, aku berjalan semula
dari jauh ku pohon pada yangMaha Esa
di saat aku hilang cinta pada hambamu...
tapi kau berikan kasihmu padaku yang tiada taranya... .
padamu ku pohon agar wujudkanlah kepercayaan itu semula..
di hati ini... .dan letakkan pada jiwa anak adam yang setia cintanya... ..

10 Tips Bagaimana Anda Boleh Menjadi Pasangan Yang Baik

1) Terima seadanya
Jangan cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat, pasangan yang anda kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri.

Jangan terlalu dambakan kesempurnaan. Terima segala kekurangan kerana tiada manusia yang sempurna. Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan keburukannya.

2) Berkomunikasi secara terbuka
Jangan selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda. Adalah lebih baik mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda ketika anda marah, terluka, tersinggung atau gembira. Ucaplah kata sayang sekerap yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan. Tetapi itulah yang mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut dielakkan.

3) Aktiviti bersama
Aktiviti bersama mampu merapatkan perhubungan. Carilah sesuatu yang boleh dilakukan bersama. Misalnya, menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu bercinta dahulu. Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda. Ini kerana itu adalah petanda yang tidak baik.

4) Tunjukkan cinta anda
Setelah berumah tangga, ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati pasangan. Ramai yang berkata ‘sudah kahwin untuk apa romantik lagi’. Itu adalah tanggapan yang salah. Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan dengan sejambak bunga buat isteri atau makan malam romantis untuk suami. Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.

5) Kawal perasaan
Apabila marah atau ada hal yang mengganggu anda, cubalah bertenang dan bertanya kepada pasangan. Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan membawa kepada pergaduhan. Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam menghadapi sebarang situasi.

6) Jangan ungkit kisah lalu
Berhentilah mengungkit masa lalu yang negatif. Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan. Jangan jadikan kesilapan lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.

7) Kurangkan rasa cemburu
Setiap individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu. Namun, cemburu yang keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya kepada pasangan.

8.) Jaga komitmen antara satu sama lain
Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi. Jika berlaku, ia akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita. Menjaga kepercayaan merupakan komitmen dalam satu perhubungan yang sihat. Apabila pasangan merasakan anda mula mengabaikan komitmen, maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.

9) Jujur
Jujur adalah perkara yang paling penting dalam perhubungan. Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah antara punca utama sebuah perpisahan. Kejujuran yang dimaksudkan adalah kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan. Jika terluka, katakan bahawa anda terluka. Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.

10) Beri layanan terbaik sepanjang hidup
Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin. Jika dahulu jalan berpimpinan tangan, pimpinlah tangan pasangan setelah berkahwin. Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau anak-anak.

Bisikan Hati...

Mungkin dalam percintaan kite akan membuat kesalahan dan kesalahan itu akan merosakkan sesuatu perhubungan, di sini ada 4 tips yang boleh dijadikan rujukan untuk anda meminta maaf pada si dia... .

1. Memilih Keadaan dan Masa.
- Pemilihan keadaan dan masa tu penting. Mohonlah maaf setelah amarah telah kurang.Agak-agak pertelingkahan atau salah faham amat teruk, tunggulah beberapa hari... untuk memberi ruang masa untuk meredakan keadaan. Kekadang mintak maaf pada keadaan memuncak pun, boleh terkadang mendatangkan lagi masalah.

2. Akui kesilapan dan Perjelaskan
- Perkara yang paling susah sebenarnya untuk memohon maaf ialah mengakui kesilapan dan kesalahan. Namun, maruah tidak akan jatuh seinci pun kalau perkara tadi benar-benar dikesali. Pada masa ini, ego memang tinggi tapi, cubalah ketepikan kerana ia hanya akan merumitkan saja keadaan. Jadi, perjelaskan kedudukan sebenar walaupan ianya disengajakan.

3. Sedari Kesalahan dan Bertanggungjawab
- Perkara ini akan senang untuk dilaksanakan jika ego telah diketepikan. Sedarilah segala perbuatan melukakan yang telah lakukan dan bertanggungjawab ke atas segalanya. Iklas dengan apa saja langkah penyelesaian yang kita utarakan. JANGAN BOHONG..itu penting...

4. Sabar
- Bukan semua permohonan maaf boleh diterima. Sama jer macam kita mohon kerja,mohon masuk universiti, mohon aper saje. Semua nak terima?? tak bukan. Nama pun MEMOHON
Jadi, sabarlah dengan balasan yang kita akan terima. Tapi, kita mohonlah dengan Ikhlas... .itu penting, mohonlah demi memlihkan hubungan dan yang paling penting mohonlah untuk menyucikan hati. Insya-alla

Sayangilah Seadanya

Cinta tak semestinya bersama.Tak semestinya kita akan bersama dengan orang yang kita cinta.Bersederhanalah dalam menyayangi, mengasihi dan mencintai seseorang.Bimbang jika satu hari nanti tiba-tiba dia pergi jauh dari kita ? Boleh atau tak kita menerima hakikat tu ?

Jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang tu atau orang lain.Kalau kita salahkan orang lain, means that kita pun menyalahkan takdir Allah.Sedangkan Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita.

Jangan paksa orang untuk sayang kita, untuk cintakan kita, untuk bersama kita.Biarlah dia cintakan kita, sayangkan kita dengan rela hati dia. Biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk bersama kita. Sebab, kalau kita paksa orang lain untuk menyayangi kita, hakikatnya ianya tak ikhlas. Kita nak ke orang sayang kita, cintakan kita dengan pura-pura ? Jika kita terpaksa untuk lepaskan dia pergi, lepaskanlah dengan rela hati. Maybe tu yang terbaik buat kita dan untuk kebahagiaan dia. Kalau kita sayang orang tu, mesti kita nak tengok dia bahagia kan..

Tapi jika dia kembali semula pada kita, tanyala hati kita sama ada boleh menerimanya kembali atau tak. Bersyukurlah jika dia kembali semula pada kita, mungkin dia benar untuk kita..

Hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita.Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain.Sebab, belum tentu orang lain tu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain tu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita.

Kalau saya sayang, kasih dan cinta pada seseorang tu, bererti saya menerima dia seadanya selagi dia tak mengkasari saya, menyakiti saya dan menjaga segala percakapan dengan saya.Paling tak suka dengan lelaki yang kasar-kasar.Suka yang jenis gentleman, cool, relax je.Kalau kita sayangkan seseorang tu dengan ikhlas,kita tetap sabar dengan dia,kita sanggup berubah untuk dia, terima baik buruk dia, yang mana tak elok kita perbetulkan. Macam saya, kalau saya sayang & cintakan orang tu, saya biarkan je dulu dia nak buat apa, nak pergi mana, dengan siapa. Saya sabar, simpan dulu. Sebab one day dia akan jadi milik kita juga.Yang penting kita adalah yang terakhir untuk dia.Begitulah. Once dah macam tu, and memanglah kita akan setia & jujur dengan dia.

Cinta tu ada jarak masa ke ?Baru kenal ke, dah lama kenal ke, tu ukuran pada cinta ke ? Bagi saya, bila perasaan tu nak hadir, hadirlah. Macam saya pernah cakap dalam entry sebelum ni. Kalau bercinta bertahun-tahun, kalau bukan jodoh, tak bersama juga. Kalau kenal sehari dua je pun, kalau dah memang jodoh, bersama juga, bahagia juga. Kan ? Jadi takde jarak pengukur. Tapi lagi bagus jika kenal-kenal, memahami antara satu sama lain sebelum mencintai sepenuhnya.

Bercinta lepas kawen. Ermmm sweet kan.Kalau dulu-dulu masa zaman kat matrik, selalu di beri pendedahan pasal cinta selepas kawen. Dengan saya sendiri nak macam tu juga. Kalau boleh tak nak cinta sebelum kawen. Sebab cinta sebelum kawen ni macam pura-pura.Cinta ialah menyalurkan perasaan itu dengan cara yang halal.Indah kan..

Kalau nak hurai pasal cinta ni, takkan habis. Terlalu banyak.Apa yang saya katakan dalam entry ni, sekarang ni, itu yang saya rasa, yang saya nak sampaikan, yang saya nak share. Current feelings kot. hehe. Kalau faham, fahamlah. Kalau ada yang memahami, memahamilah..

25 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 25 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu

1.Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. Bukan sebaliknya.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

25. Orang yang menyintai kamu tidak akan pernah memungkiri janjinya tanpa sebab. Dia akan sentiasa mendahului kamu dari kawan-kawannya. Kamu adalah keutamaannya dalam segala hal, biarpun remeh.

“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!” "

sekian

Rindu Bertasbih...

"Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri-Mu.. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi Orang yang kehausan.. Ya Allah, sesungguhnya aku memOhon cinta-Mu, dan cinta Orang yang mencintai-Mu, dan cinta yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu..

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai.. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan..

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai para malaikat-Mu, Rasul-Mu, dan hamba-Mu yang sOleh... ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.."

( Hadith Riwayat At Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "inilah dOa yang biasa dipanjatkan Oleh Nabi Daud a.s " )
*credit to 'apabila hati b'kata sayang..*

Seandainya Kau Catatkan Dia Milikku, Satukanlah Hatinya Dan Hatiku...

Maafkan saya,
Jika saya kekal dengan ketegasan diri tak nak didekati oleh seorang insan bernama lelaki dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Jika saya tidak bergurau senda & ramah melayan kata-kata mesra dari awak dulu, mungkin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Jika saya tak bercakap dengan nada yang lembut dengan awak dulu, mungin semua ini takkan terjadi..


Maafkan saya,
Kerana jatuh hati pada awak & telah membuat awak juga jatuh hati pada saya..


Maafkan saya,
Jika lembut & mesra tutur bicara saya, manja suara & kata-kata saya dalam setiap pesanan ringkas, chatting kat fb & perbualan suara melalui telefon buat awak bertambah dekat & sayang terhadap saya.


Maafkan saya,
Kerana dah buat hati kita bergelumang dengan dosa selama ini.


Maafkan saya,
kerana mengambil keputusan untuk berpisah ini.
Bukan ada niat yang terselindung, tapi hanya untuk kita menggapai kembali redha-Nya.


Saya bersyukur diperkenalkan & dipertemukan dengan awak.
Mengenali awak, membuat saya yakin, di dunia nie masih ade lelaki yang baik.
Awak sentiasa baik dengan saya, awak banyak bersabar dengan karenah saya, awak sentiasa berusaha menggembirakan saya walau apapun mood saya ketika itu..
Prasaan kasih & sayang pada awak, merupakan 1 anugerah yang x ternilai bagi diri saya..
Tapi malangnya, kita telah menggunakan anugerah itu dengan cara yang tak tepat..


Andai awak memang menyayangi diri ini.., jumpalah kedua ibu bapa saya,
pinanglah saya, dan jadikan saya milik awak yang halal, yang sah..
Kemudian, kita sambung kembali kisah percintaan kita di dalam hubungan yang halal..
Saya pasti, hubungan kita akan menjadi lebih indah setelah itu..


Andai saya memang merupakan tulang rusuk awak, saya akan menanti awak untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain..
Tapi andai kata, saya bukan wanita yang ditakdirkan untuk menjadi jodoh awak, saya redha & saya doakan awak mendapat seorg wanita solehah yang jauh lebih baik berbanding diri saya..
;'

Izinkanlah Aku Untuk Tetap Menanti

Dari sep0t0ng kata yang telah dititipkan untuk aku,cukup ringkas walaup0n agak payah difahami akhirnya aku per0lehi satu keyakinan untuk terus berdiri pada harapan yang panjang ini..Harapan yang secara jujur sentiasa megheret aku ke ruang teka teki yang bersilang tetapi aku tak pernah mendesak keadaan untuk memberi jawapan dalam waktu yang singkat ini..Seperti pada sekian waktu yang lalu yang pernah aku lalui dan lepasi..biarlah segala pers0alan terlerai dengan sendirinya..

Benarlah kata pepatah bagaikan pungguk rindukan bulan..begitu jugalah lamanya menunggu..Menunggu adalah perkara yang paling rumit dalam liku perjalanan kehidupan setiap manusia..Sementara menunggu terlalu banyak ujian untuk berpaling..g0daan untuk menyimpang malah d0r0ngan untuk menghindar..Kenapa??sedangkan menunggu itu secara keseluruhannya telah diputuskan 0leh diri sendiri tanpa desakan sesiapa walaup0n sering kali secara rela sahaja dan bukan kemahuan sebenar..Apakah kerana hati itu sering kali berb0lak balik pada dasarnya dan mudah pula untuk berubah??Tidak sama sekali!!Kebanyakkan daripada kita akhirnya akan berputus asa dari menunggu..bukan kerana hati itu berubah isinya tetapi apabila penantian itu telah lama dan tiada petanda baru untuk meraka bagi mendapatkan satu jawapan yang pasti..begitu jua aku..Aku juga terlalu lelah..Ya..mungkin..

Begitulah lumrahnya..kita cenderung mengelak daripada hampa dan kecundang kerana semua 0rang tahu luka itu pedih..Sering kali fikiran akan menghala ke arah jalan penamat agar penantianitu cepat berakhir..tetapi jalan penamat yang di pilih kadang kala bukan laluan yang terbaik keran mungkin ia juga bakal menjadi satu lagi pintu untuk sebuah penantian yang panjang..

Hidup semestinya begini kerana setiap waktu untuk menunggu adalah usia dan masa yang paling berharga dalam hayat kita..Aku tidak pernah menyalahkan sesiapa sekiranya nanti ada yang berubah hala kelak..Aku Cuma ingin meninggalkan pers0alan untuk renungan..apakah kita benar benar yakin semua pilihan itu adalah yang paling tepat berdasarkan gerak hati sendiri tanpa adanya pert0l0ngan dari Tuhan??
Jika kalian semua yakin dan percaya pada keputusan Nya..aku juga begitu..Maka izinkanlah aku terus berdiri pada garisan penantian ini..Izinkanlah..

Perlu Ke Buat Pinjaman Untuk Kahwin ?

Pejam celik pejam celik, dunia semakin berubah. Sekarang semua benda dahn berubah. Nak kahwin pun dah berubah, dulu gotong-royong, kini pakai catering, dulu hanya bunga telur, sekarang macam-macam ada, kuih, dodol, coklat, gula-gula ,buah ,cendol pulut pun ada.

Bila dah macam-macam ada, maka kosnya juga bertambah. Bila kos bertambah, mula la duit pun tak cukup. Jadi nak pinjam ke tak?

Dari segi kos memang meningkat, dulu hantaran RM4-6 ribu (lebih kurang), sekarang RM7-10 ribu tu kira murah dah la tu... Nak buat kenduri pihak lelaki lagi, paling tidak pun pihak lelaki kena ada 15 ribu nak kahwin. Tu tak masuk nak pergi honeymoooooooon lagi... .

Persoalannya, perlukan kita buat pinjaman untuk kahwin?? Sebab nak kumpul duit simpanan cukup RM15 ribu tu lambat, bila nak kahwin nyer... Jadi anda rasa patut ke buat pinjaman untuk kahwin.

Pendapat saya macam ni, katakan kos kahwin tu RM15 ribu, tak kan la nak pinjam RM15 ribu, tak kan takder simpanan sesen kot. Cukup rasanya pinjam RM10 ribu dan di topup simpanan RM5 ribu. Pinjam 10k baru berapa bayaran sebulan yer tak...

Yang penting, kalau nak buat pinjaman anda perlu :-

1) Pastikan jumlah pinjaman itu tidak terlalu besar, nanti nak bayar balik semput. Pinjam sekadar nak topup sahaja, bukan pinjaman keseluruhan. Makner nyer perlu ada simpanan jugak.

2) Pastikan anda tidak menggunakan kad kredit untuk belanja perkahwinan, kerana ia amat membebankan selepas anda kahwin nanti.


Sekarang banyak kemudahan pinjaman peribadi, telah banyak disediakan boleh dikatakan oleh semua pihak bank ,baik yang bekerja swasta maupun yang bekerja kerajaan. Cuma jgn pinjam sama itu Along dia memang suka kasi tolong tapi nanti lepas kahwin tiap2 bulan tak boleh miss tak boleh kosong mesti dia selalu kacau asyik ... Jadi rasanyer tak salah untuk kita meminjam untuk perbelanjaan perkahwinan nanti asalkan kita pandai tidak melebihi amaun yang kita mampu bayar dan tidak rasa membebankan diri dan juga keluarga.

Apa pulak pendapat anda, pinjam ke tak?

Thursday, April 5, 2012

Kebetulan Ini Amat Menguji Diri

Sepertinya ada sesuatu tetapi aku sendiri tidak pasti
Sepertinya ada satu harapan tetapi terasa kekaburannya
Kebetulan apakah ini?ia datang sangat dekat pada aku
Sesuatu yang pernah aku dambakan sebelum ini
Kini mejelma diluar jangkaan aku..buatkan aku keliru sekali..

Kebetulan ini bagaikan rahmat setitis salju menitis di hati
Tatkala ia mencair ia membasahi rimba hati yang k0ntang
Mengairi kembali k0lam hati yang kering dan ladang rasa ini kembali ranum..

Maha Suci Mu Ya Tuhanku mengurniakan perasaan pada insan kerdil ini
Terbitnya berbagai rasa dijiwa ini buat hati bagaikan dipalu k0mpangnya
Rentaknya buat hati terasa amat berdebar menantikan kebetulan yang seterusnya..

Betapa hatiku teringin merungkainya jawapan di setiap sebalik kebetulan ini
Namun tidak mahu aku meneka bimbang nanti tersalah tafsiran
Biarlah masa menentukan segalanya..

Ya Tuhan..ingin rasanya aku menaruh harapan pada kali ini
Tetapi aku masih tak punya keyakinan pada kebetulan yang amat meguji ini
Izinkah aku untuk bersandar pada Mu Ya Tuhanku
Untuk aku meraih petunjuk suci Mu Ya Tuhanku...


-Aku didikasikan juga buat si kam00 m0ga kam00 memahami kehendak hati ini -
(sejak bila aku menjiwang sangat laks nie..terasa mcm nak sagat muka sendiri jer da kat tar )

-Nukilan Rasa Saat Diri Tersentuh -